Tuesday, November 4, 2008

Sekadar Mempertahankan Hak.

Peristiwa ini berlaku pada bulan Jun, 2008, di salah sebuah kampung Bidayuh Salako di Jalan Lundu-Sematan. Sebuah syarikat entah dari mana, punya siapa dan untuk apa telah membina sebuah pondok jaga untuk melarang penduduk-penduduk kampung daripada melalui jalan (bekas jalan balak) yang selama ini adalah jalan ke kebun dan ladang mereka.


Penduduk-penduduk kampung marah. Mereka memasang kain rentang yang bertulis:
"JANGAN MENJAJAH HAK KAMI.
TANAH KAMI NYAWA KAMI".


Setelah beberapa hari, rasa sabar mereka merudum, merudum dan merudum. Pondok jaga tersebut dikerjakan dan diterbalikkan. Lihatlah apa yang ditulis pada pondok terbalik tersebut. Lihatlah, pandanglah dari kacamata mereka.

Mereka membakar pondok tersebut. Bila orang sudah marah, salah atau benar itu hilang dari kamus pertimbangan. "Nanti baru runding", kata mereka.

4 comments:

SamihkSalako said...

Perkara yang sama berlaku dikampung Pueh. Tapi angkara pembalak haram yang angkuh. Peristiwa berlaku pada Jun 2008 apabila rombongan kami yang kesemuanya terdiri daripada anak2 kampung Pueh dihalang daripada melalui "kawasan mereka" semasa mengadakan "jungle trekking" di gunung Pueh. Pembalak haram bongkak ini dilengkapi dengan senjata api dengan tidak segan silu memarahi kumpulan kami yang melalui jalan yang memang berkurun lama digunakan oleh penduduk kampung ke kawasan gunung. Sungguh menyedihkan... Pihak berkuasa seakan tutup mata, pekakkan telinga, tutupkan mulut...

Malaysia Digest said...

Is the matter reported to Lundu Police ?

Kasia Kanaun. said...

The relevant authorities must have been aware of the incident.

Ever since it happened, there seemed to be no extra ordinary physical activities happening within the vicinity and the affected village folks are again free to move in and out of the said area without any restrictions.

redgoldarawana said...

Aku nyokong nyian kamaruk. Manyak udah balaku jaiya, paling digaikán ada pihak atau LEMBAGA ang dimarek tanah-tanah pusaka dirik dayak untuk kapantingan sandirik. Dirik mintak tanah sukat pun susah, LEMBAGA-LEMBAGA nyian antah di mae atange sanang-sanang di marek tanah. Munse pihak berkuasa dah anak dapat mijawat damea-mea, carae kahe make kakarasan aya ang kitak nulis nyian. Tanah dirik dayak masih manyak persoalan, kaniak masih sanang untuk dirik mijawat rumah; kalak-kalak mijawatak kuburan pun susah. aku masih ingat damea ang dakidak dayak iban miri mijawat ka samseng tanah ang coba menidakkan hak dak idak e dea. Ame takajut munse jukut koa balaku ka tampat dirik kalak... Mungkin nyian ang patut di tanang banar-banar oleh Persatuan dirik Salako. Dirik sabanar e barani, tapi hormat ngan undang-undang...